Wednesday, 29 August 2018

Syarat Pembelajaran Flipped

Julie Schell, 2015 dalam artikel penulisannya menyatakan gangguan terhadap talian atau liputan internet telah menimbulkan kekecewaan guru dalam melaksanakan pengajaran dengan menonton video di kelas. Dengan pendekatan pembelajaran flipped,  guru mampu menjalankan pembelajaran masteri di dalam kelas kerana guru memberi video kepada murid untuk ditonton di rumah sebelum pengajaran dan pembelajaran topik tersebut dijalankan.  Malah video tersebut adalah alat yang digunakan untuk murid untuk menambahkan sumber maklumat.  Sumber video tersebut mestilah sepadan dengan isi buku teks dan membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mereka. Antara perkara yang membantu kejayaan pembelajaran flipped juga ialah :

Guru perlu memberi murid menonton Video ciptaannya Sendiri. Hal ini demikian kerana, salah satu perkara baik untuk menjalankan pembelajaran flipped ialah guru menggunakan video yang tidak dicedok dari mana sumber tetapi yang dibina sendiri. Perkara ini penting supaya murid melihat usaha guru mereka  dalam menjayakan pembelajaran mereka. Jika guru menunjukkan video yang tidak dibina sendiri, sesetengah murid mungkin merasakan bahawa guru mengambil jalan keluar yang mudah. Apabila guru menggunakan video yang dicipta oleh orang lain dan  membina ulasan sendiri, pertanyaan, perbincangan, dan sumber tambahan bermakna guru tidak merasai sebahagian daripada pengajaran terbabit.

Video yang ringkas dan padat perlu digunakan dan guru perlu elakkan video yang panjang. Video mestilah tidak lebih daripada 10 atau 15 minit. Sekiranya  perlu menggunakan video yang panjang dan mahu murid hanya menonton hanya bahagian tertentu maka guru harus memberi arahan untuk mereka. Contohnya murid perlu tonton ("dari 2 min 30 saat hingga 5 min 10 saat",). Sebagai tambahan kepada mereka, pastikan guru memasukkan teks ke dalam video untuk menambah pemahaman murid.

Pastikan guru merancang  sebelum membina soalan atau menjalankan aktiviti perbincangan (forum perbincangan) kerana ini penting supaya perbincangan itu benar-benar melibatkan para pelajar. 

Guru juga perlu menyemak  semula tindak balas dan maklum balas sebelum sesi kelas seterusnya. Sebahagian daripada kebaikan pembelajaran flipped ialah guru mempunyai peluang untuk menyampaikan kandungan pembelajaran di luar kelas dan menilai pemahaman melalui alat teknologi maklumat sebelum dan selepas PdPc.

No comments:

Post a Comment