Alangkah
baiknya jika adanya bahan bantu mengajar yang membantu guru melihat tindak
balas muridnya terhadap ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsinya dan dalam masa yang sama murid dapat belajar
daripada rakan lain melalui tindak balas tersebut. Malah bahan ini mampu
mendapat tarikan apabila guru melakukannya
dalam pembelajaran di dalam kelas.
Antara bahan bantu yang mampu
membenarkan murid memberi tindak balas terhadap pembelajaran guru ialah :
1.
Slide Google yang sangat mudah dan pantas digunakan. Dengan membuat persembahan
slaid dan berkongsi dengan pelajar, ia mewujudkan persekitaran pembelajaran
bersama di mana semua murid melakukan kerja secara bersama. Aplikasi ini juga
menyediakan cara mudah untuk membincangkan tentang apa yang mereka buat dan
belajar .
Antara
langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan Google Slide ialah :
Langkah
1: Buka slaid baru
Langkah
2: Tetapkan susun atur dengan cara yang guru mahu murid buat
Langkah
3: Buat slaid untuk setiap pelajar di kelas
Langkah
4: Kongsi url slaid dengan pelajar
Langkah
5: Sediakan tugasan pelajar murid sepeti soalan ringkas, iklan, papan iklan,
pengurusan grafik dan banyak lagi
Langkah
6: Tambah komen untuk menggalakkan murid
kerjasama
Saya telah mencubanya dan ternyata sangat menarik. Walau bagaimanapun kejayaan dalam menggunakan aplikasi ini bergantung pada kekuatan liputan internet.
Saya telah mencubanya dan ternyata sangat menarik. Walau bagaimanapun kejayaan dalam menggunakan aplikasi ini bergantung pada kekuatan liputan internet.






No comments:
Post a Comment