Friday, 17 April 2015

Ganjaran sebagai Pengukuh Positif

Menggunakan ganjaran sebagai Pengukuh Positif.
Kebanyakan guru pernah mengalami keadaan di mana terdapat murid yang seolah-olah sengaja suka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak disukai guru dan menyebabkan guru memarahi mereka.Murid seperti itu seolah-olah sengaja meminta dimarahi guru.

Banyak tingkah laku guru di dalam bilik darjah berfungsi sebagai ganjaran kepada murid-muridnya.Perhahtian adalah sejenis ganjaran bagi murid yang menerima perhatian itu, walaupun perhatian itu diterimanya dalam bentuk marah-marah guru.

Setiap ganjaran daripada guru berfungsi memperkukuhkan sesuatu sikap dan tingkah laku, sama ada yang baik mahupun yang buruk, kepada murid yang menerima ganjaran itu.
Sesuatu pengukuh itu disebut sebagai pengukuh positif apabila ia menyebabkan sesuatu tingkah laku itu diulangi lagi pada masa depan.Sebagai contoh seorang kanak-kanak meminta coklat, tetapi ibunya tidak setuju, kemudian kanak-kanak itu menangis, lalu ibu itu mengalah kepada tangisannya itu lalu memberikan coklat tersebut.Perbuatan ibu itu berfungsi mendorong anak pada masa depan hendak menangis lagi apabila meminta sesuatu yang ibunya tidak setuju.Oleh itu, perbuatan ibu itu berfungsi sebagai pengukuh positif kepada tingkah laku buruk anak itu.

Murid-murid yang sengaja melakukan perbuatan yang menyebabkan guru memarahi sebenarnya mahukan perhatian daripada guru.Walaupun guru marah-marah, tetapi bagi murid itu dia mendapat perhatian daripada gurunya.Pengukuh positif terdiri dari dua fungsi :
1.Mendorong penerima mengulangi tingkah lakunya.
Sesetengah ganjaran mendorong penerimanya mengulangi tingkah lakunya, sebagai contoh, kanak-kanak yanng diberi gula-gula supaya berhenti menangis, pada masa depan dia mungkin menangis lagi apabila mahukan gula-gula.Di sini, gula-gula itu mengukuhkan tinglkah lakumenngisnya itu.Demikian juga halnya dengan murid yang diberi perhatian gurunya apabila dia melakukan kesalahan.Selepas ini, apabila murid mahukan perhatian gurunya dia boleh mendapatkan perhatian itu dengan melakukan kesalahan.

2.Mendorong penerima memberhentikan tingkah lakunya.
Sesetengah ganjaran mendorong penerimanya memberhentikan tingkah lakunya, sama ada tingkah laku itu baik mahupun buruk.Sebagai contoh, kanak-kanak yang dimarahi ibunya kerana meminta gula-gula sambil menangis, mungkin pada masa depan tidak meminta gula-gula dengan cara menangis lagi.Demikian pula murid nakal yang tidak diendahkan gurunya mungkin berhenti daripada cuba mendapatkan perhatian gurunya dengan melakukan kesalahan.

Terdapat banyak jenis ganjaran yang dapat berfungsi sebagai pengukuh.Antaranya ialah makanan di mana ia adalah pengukuh yang sangat berkesan.Kajian mendapati makanan lebih berkesan apabila digunakan ke atas individu-individu yang mempunyai kecacatan.

Ada dua strategi bagi menangani kerenah murid-murid nakalPertama guru perlu memadamkan tingkah laku mereka yang negatif dan kedua guru perlu mengukuhkan tingkah laku mereka yang positif.

Guru-guru perlu berhati-hati apabila memberikan perhatian kepada murid-murid nakal kerana guru-guru hanya perasan kehadiran murid-murid nakal itu apabila mereka melakukan kesalahan.Apabila mereka tidak nakal guru-guru tidak mengendahkan mereka.Ini menyebabkan murid-murid itu menjadi semakin nakal.Bagi memadamkan tingkah laku nakal murid-murid itu guru perlu jangan mengendahkannya.

Murid-murid nakal sekalipun tentu mempunyai aspek-aspek yang baik pada diri mereka.Guru perlu memberikan perhatian pada ciri-ciri itu, supaya perhatian guru menjadi pengukuh positif pada aspek-aspek baik itu.Apabila murid sudah mendapat perhatian daripada tingkah lakunya yang baik dia tidak perlu lagi mendapatkan perhatian daripada sumber tingkah laku nakalnya.

No comments:

Post a Comment