Di sebalik semua tingkah laku manusia , ada sesuatu yang mendorongnya supaya melakukan tingkah laku itu.Dorongan terbahagi kepada dorongan dalaman dan dorongan luaran.
Dorongan Dalaman.
Dorongan dalaman adalah kesediaan individu itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkan berasa seronok atau puas hati.Dalam keadaan ini apa yang menyebabkannya seronok bekerja adalah pekerjaan itu sendiri.Kata -kata seperti ..."inilah minat saya".."saya seronok ", ataupun "Puas hati saya"...adalah gambaran dorongan dalaman.
Sebagai pendorong, guru-guru perlu mendorong murid-murid mengetahui perkara-perkara yang sememamngnya mereka minati dan membantu mereka berkembang dalam bidang itu.Banyak bidang yang tidak termasuk dalam peperiksaan tetapi memberikan pulangan yang baik bagi mereka yang melibatkan diri di dalamnya selepas sekolah.
Dorongan Luaran.
Dorongan luaran adalah kesanggupan individu melakukan sesuatu tugas disebabkan ada ganjaran-ganjaran luaran, ataupun disebabkan dia tidak mahu dihukum.Dalam keadaan ini , faktor-faktor yang menyebabkan individu itu berasa seronok tidak ada pada tugas itu.Hukuman adalah contoh pendorong luaran.Lain-lain contoh dorongan luaran ialah wang, pangkat, hadiah ,puji-pujian, bintang kehormatan, gelaran dan pelbagai lambang-lambang pengiktirafan.Kata-kata seperti "nak cari makan' ataupun "asalkan jangan kena marah" ataupun"nanti apa pula kata orang" adalah gambaran dorongan luaran.
A.Apabila mendorong murid-murid supaya berusaha dan bekerja lebih kuat, jangan sebut dorongan luaran.Sebagai contoh, jangan berkata seperti :
1."Jika kamu dapat nombor satu nanti saya belanja aiskrim"
2."Jangan hampakan harapan negara dan bangsa"
3."Jam tangan ini milik kamu jika kamu dapat markah lebih dari 90 peratus"
4."saya beri tiga ringgit pada sesiapa yang dapat jawab soalan ini"
5."Jika kamu gagal, saya rotan kamu dua kali"
6."Jika kammu gagal, kamu tidak boleh minta basikal baru"
Sebaliknya, beri tumpuan pada aspek-aspek yang memberi kepuasan kepada diri mereka sendiri.Gunakan ayat-ayat seperti :
1."belajar di universiti sungguh seronok.Di sana kamu dapat belajar perkara yang kamu minati."
2."Alangkah bertuahnya apabila kamu anti berjaya menjadi pengarah filem"
3."Apabila kamu menjadi pakar jantung, ke mana kamu pergi orang hormat dan kagum kepada ilmu yang ada pada kamu"
4."Yang paling seronok apabila kamu jadi usahawan adalah kamu menjadi bos kamu sendiri"
B.Apabila hendak memberi ganjaran, pilih ganjaran yang tidak disedari oleh murid.Dengan demikian ganjaran yang sudah disediakan itu dapat disembunyikan daripada pengetahuan murid yang hendak didorong itu.Ganjaran seperti itu dapat ditambah dengan ganjaran-ganjaran lain apabila perlu.Sekiranya murid itu sudah perasan ataupun sudah tahu apa ganjaran yang disedikan oleh itu sukar hendak menokok ataupun menukar ganjaran itu.
Contoh ganjaran yang tidak disedari adalah kata-kata penghargaan, pengiktirafan dan puji-pujian.Indivudu itu seronok menerima kata-kata seperti itu dan mereka tahu apabila mereka berjaya melakukan tugas yang diberikan, ada kata-kata yang baik menanti mereka.Ganjaran seperti puji-pujian adalah ganjaran luaran, tetapi ia tidak terlalu menonjol dibandingkan dengan ganjaran-ganjaran luaran jenis lain seperi wang, hadiah dan pangkat.Apabila memberi kata-kata pujian, puji apa yang sudah dilakukan oleh murid itu.Ini mendorong dia mengulangi perbuatan itu lagi.Ia juga mendorong dia melakukannya dengan lebih baik pada masa depan.
1."Tulisan kamu sudah bertambah kemas."
2."Kamu sekarang rajin menghabiskan kerja rumah."
3."Sya suka makan cucur kodok yang awak buat."
4."Saya hargai bantuan masa dan tenaga yang kamu berikan kepada projek kita."
5."Terima kasih kerana saudara sudi hadir ke majlis kita hari ini."
Namun, ada kata-kata pujian yang menimbulkan kesan negatif kepada murid yang menerimanya.Contohnya :
1."Awak Baik"
2."Awak handsome."
3."Awak sungguh hebat."
4."Awak paling istimewa."
5."Awak best."
6."Awak budak pandai."
Puji-pujian seperti di atas menyebabkan penerima mengalami perasaan negatif seperti sangsi, ragu, geli-geleman, menyampah benci dan seumpanya dan timbul kecurigaan akan menimbulkan syak "ada udang disebalik batu"
Ada pujian yang ikhlas tetapi pujian itu tidak berkesan bagi mendoro
ng individu kerana puji-pujian itu tidak tepat ataupun terlalu am sifatnya.
1."Awak pandai masak"-masak apa
2."Awak pandai melukis"-melukis apa
3".Awak pandai menjahit"-menjahit apa
4."Lukisan awak cantik"-lukisan yang mana
Ada beberapa perkataan yang mengecewakan individu yang menerima pujian.
1."Lakonan awak agak baik."
2."markah awak agak memuaskan"
3."Prestasi awak agak tinggi"
4."Nyanyian awak boleh dikatakan bagus"
5."Mutu kerja awak boleh tahan"
Gunakan perkatan "agak" dengan memberitahu dengan tepat aspek mana yang baik, yang bagus, yang memuaskan dan yang tinggi.Dengan demikian pujian itu menjadi spesifik.
1."Lakonan awak dalam babk ketiga lebih baik daripada lakonan awak dalam babak pertama."
2."Kali ini awak mendapat markah lebih tinggi dalam sains, tetapi markah awak dalam matematik tidak meningkat.
3."Prestasi awak meningkat dua puluh peratus berbanding dengan prestasi awak tahun lepas."
c.Gunakan ganjaran sebagai cara memberi maklumbalas berkenaan keupayaan individu itu, ataupun disebabkan pencapaiannya yang luar biasa.Jangan beri ganjaran kerana individu itu mahu melakukan sesuatu tugas yang diarahkan.Dalam kes mendorong kanak-kanak supaya mahu belajar, sekiranya kanak-kanak itu diberi ganjaran kerana dia mahu mengemaskan bilik tidurnya.Lain kali apabila tidak ada ganjaran,dia tidak mahu mengemaskan bilik tidurnya.Jadi, jangan beri ganjaran kerana indivudu itu mahu melakukan sesuatu tugas.
Ciri-ciri jenis ganjaran yang berkesan bagi mendorong individu itu melakukan kerja-kerja yang baik adalah :
1.Ganjaran diberi atas keupayaan.
Ganjaran itu diberikan apabila indidu itu mempunyai keupayaan melakukan tugas itu.Beri ganjaran atas apa yang dia berupaya lakukan.Sebagai contoh, kanak-kanak itu baru berusia 12 tahun tetapi dia sudah berupaya menulis program komputer bagu kegunaan sendiri.Oleh itu dia diberi ganjaran seperti pujian ataupun hadiah.Ganjaran jenis ini dapat mendorong komputer yang lebih baik lagi.
2.Ganjaran diberi atas bakat luar biasa.
Ganjaran itu diberikan apabila murid itu mempunyai pencapaian luar biasa.sebagai contoh, individu itu baru satu kali masuk peraduan menghafal Al-Quran, tetapi dia berjaya masuk ke peringkat kebangsaan.Itu adalah pencapaian luar biasa.Ganjaran yang diterima mendorong dia terus meningkatkan pencapaiannya.
3.Ganjaran diberi supaya menimbulkan dorongan dalaman.
Guanakan ganjaran sebagai salah satu cara menggalakkan murid itu supaya mahu terus melakukan sesuatu tugas itu sehingga timbul minat dan keseronokan dalam hatinya.
Ada banyak perkara yang baik tetapi individu itu tidak berminat untuk melakukannya, sebagai contoh, perbuatan membaca adalah baik, tetapi ramai orang tidak berminat untuk melakukannya.
Individu itu dapat didorong meminati apa yang kurang diminatinya.Sediakan ganjaran-ganjaran kecil.Beri ganjaran itu sewaktu dia baru mah melakukan tugas itu.Setiapa kali dia mahu melakukkan, berikan ganjaran kecil itu.Apabila ada tanda-tanda dia mula seronok melakukan tugas itu, kurangkan ganjaran itu sedikit demi sedikit.
Sebagai contoh, apabila mendorong kanak-kanak bermain muzik, beri ganjaran-ganjaran kecil supaya mereka mencapai tahap kemahiran di mana pada tahap itu dia mula sidah seronok bermain alat muzik itu.Apanila dia sudah seronok, ganjaran itu dapat diberhentikan sdikit demi sedikit.Pada waktu itu dia sendiri bermain alat itu disebabkan dorongan dalamannya sendiri.
No comments:
Post a Comment