Thursday, 16 April 2015

Teori Pengukuhan Berkesan bagi mendorong pelajar.

Menurut teori ini manusia melakukan sesuatu kerana mengharapkan ganjaran.Setiap ganjaran berfungsi sebagai pengukuh kepada sesuatu tingkah laku.Malah, menurut teori ini selepasseseorang  menerima pengukuh, individu itu semakin sering melakukan perbuatan itu, sama ada perbuatan itu baik mahupun buruk.
Sebagai langkah utama seseorang guru perlu membina hubungan baik dengan pelajarnya dahulu.Hal ini demikian kerana guru yang tidak disukai pelajar tidak mungkin dapat mendorong mereka melakukan apa-apa melainkan melalui paksaan, ancaman dan ugutan.
Terdapat pelbagai jenis ganjaran yang dapat diberikan sebagai pengukuh positif kepada sikap, tabiat dan tingkah laku positif.Antaranya :
1.Makan minum-contoh jamuan makan, meraikan hari istimewa
2.Cenderamata-contoh jam tangan dan barang perhiasan diri, kereta pejabat atau rumah
3.Peralatan kerja-telefon, komputer, kereta, perabot pejabat atau rumah
4.Ganjaran halwa mata dan telinga-contoh perhiasan dalaman, muzik atau menonton wayang
5.Pemberian-wang, tiket,hadiah
6.ganjaran sosial-puji lisan, surat pujian, pengiktirafan,jamuan

Ganjaran sosial adalah sebarang kata -kata atau perbuatan yang individu lain dirinya dihargai atas apa ang dilakukannya.
nilai ganjaran itu bukanlah pada harga sebenar barang itu.Adakalanya, barang-barang simple dapat memberi kesan yang besar kepada penerimanya.
Walaubagaimanapun, wang dianggapp ganjaran yang penting dan berkuasa besar dalam mempengaruhi tingkah laku manusia, tetapi sering kali wang gagal menimbulkan kesan yang besar disebabkan wang tidak dapat memberi makna dengan serta-merta dengan ikhlas dan wang tidak memberi makna yang peribadi sifatnya kepada penerima.
Kajian pakar mendapati individu itu cenderung menyukai individu yang mereka tolong dan wujud kecenderungan individu membina hubungan dengan individu yang pernah diberi ganjaran olehnya.


No comments:

Post a Comment