Teori Kognitif
Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan
dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud
penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada
skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian terhadap Teori belajar kognitif
memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan elaborasi reheashal,
pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna.
Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau
merenung kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang
berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif. Pandangan
kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula
mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses
pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitu
persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).
Salah satu tokoh dalam teori
kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori belajar iaitu Teori
Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikaji
lebih dalam usaha beliau untuk
memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah Dasar dan Menengah. Oleh itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses
pembentukan konsep dan proses penemuan.
Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif.
Menurut beliau, konsep adalah penting bagi seseorang kerana berfungsi untuk membolehkan kita mengenal
pasti, memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya
melalui cara pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun
maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini
dapat memudahkan pengurusan
keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami, mempelajari serta mengingati.
keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami, mempelajari serta mengingati.
Dalam teori belajar Jerome Bruner,
beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam
bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk
mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan
mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan
tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan
kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan
mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka
semasa dalam pengajaran di sekolah.
Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner.
- Konsep konjuntif menerangkan
gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau
dikurangkan.
- Konsep disjuntif pula
merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu
situasi atau situasi yang lain.
- Ketiga ialah konsep hubungan
yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas
antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam
amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru
dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan
suasana pembelajaran.
Selain itu, Bruner juga
menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara efektif, dengan
kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan manapun. Dalam
hal ini Bruner telah membezakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketiga-tiga
tahap itu adalah:
· tahap informasi: tahap awal untuk
memperoleh pengetahuan atau
pengalaman baru;
· tahap transformasi: tahap memahami,
mencerna dan menganalisis
pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang
mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain, dan
· tahap evaluasi: untuk mengetahui
apaha hasil tranformasi pada tahap
kedua tadi benar atau tidak.
Bruner membincangkan seberapa
banyak informasi itu diperlukan agar dapat ditransformasikan . Perlu diketahui,
tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empat tema pendidikan
yang perlu diperhatikan iaitu:
a) mengemukakan pentingnya arti
struktur pengetahuan,
b) kesiapan (readiness) murid untuk
belajar,
c) nilai institusi dalam proses
pendidikan dengan institusi,
d) motivasi atau keinginan untuk
belajar.murid, dan guru untuk memotivasinya
Dalam teori Burnner juga
mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu difikirkan cara
penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui bahawa suatu
ketika hadiah ekstrinsik, mampu berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik.
Jadi semasa dalam amalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi
dorongan yang bersifat ekstrinsik, dan keberhasilan memecahkan masalah menjadi
dorongan yang bersifat intrinsik. dengan ini dapat membolehkan tujuan
pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa puas.
Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran
Jerome Bruner. Teori ini diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa
seseorang harus berperan aktif dalam proses pembelajaran. Ini merupakan pemberian
kesempatan kepada seseorang kanak-kanak untuk menjadi seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan
erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari
konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri.
Secara
kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat diajarkan
secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak, serta untuk mengembangkan
program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian
bahan dengan cara murid dapat
mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus
memberikan kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka
sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka.
Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan
teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori mengenai cara manusia
memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori beliau,
rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui
deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar
kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ransangan akan dihantar kepada
penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut
Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang
adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi
memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne
kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh
manusia dalam proses pembelajaran.
Fasa motivasi.
Fasa ini adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana
didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam
proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan
motivasi untuk menimbulkan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa
motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.
Fasa Tanggapan
melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan
relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap
rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan
rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di
sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan
menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan
sekelas.
Dalam Fasa
Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang
relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa
oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa
Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek,
ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan
ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.
Fasa
Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam
stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran
ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan
berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan
guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau
fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat
dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau
sama.
Asa Prestasi
pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh
diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses
pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku
selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan
tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering
memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh
membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka
pada masa hadapan.
Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif,
David Ausable mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning).
Belajar bermakna adalah proses mengaitkan dalam informasi baru dengan
konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam struktur kognitif seseorang.
Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan belajar bermakna
jika memenuhi prasyarat, iaitu:
· Isi pelajaran yang akan dipelajari
melaksanakan belajar bermakna
· Murid yang belajar bertujuan melaksanakan
belajar bermakna.
Kebermaknaan isi pelajaran secara
potensial tergantung dari isi itu
memiliki kebermaknaan logik dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat
dalam struktur kognitif murid. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar
bermakna, maka David Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu:
1.
Pengatur awal (advance organizer)
Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu
mengaitkan konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan
pengatur awal tepat dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam isi , terutama isi pelajaran yang telah mempunyai struktur yang
teratur. Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan
sebaiknya “pengatur awal” itu digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih
bermakna.
2.
Diferensiasi progresif
Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi
konsep-konsep. Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu
kemudian baru yang lebih detail, berarti proses pembelajaran dari umum ke
khusus.
3.
Belajar superordinat
Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami
petumbuhan kearah deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan
diasosiasikan dengan konsep dalam struktur kognitif tersebut. Proses belajar
tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat ditemukan hal-hal baru.
Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan
inklusif.
4. Penyesuaian Integratif
Pada suatu saat murid
kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebih nama konsep
digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang sama diterapkan
pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable
mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya isi pelajaran disusun sedemikian rupa, sehingga
guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selama
informasi disajikan.
Penangkapan (reception learning). Teotri Belajar penangkapan
pertama kali dikembangkan oleh David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan
model belajar discovery yang dikembangkan oleh Jerome Bruner tersebut. Menurut
Ausubel , murid tidak selalu mengetahui apa yang penting atau relevan untuk dirinya
sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukan kerja
kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. Ausable menggambarkan model pembelajaran ini dengan nama
belajar penangkapan.
Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler
yang mengemukakan Teori Pembelajaran Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan
mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam
persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang
sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur
pemikiran untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal. Dengan
menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif
yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang baru.
Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk
mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji
pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Akhirnya cimpanzi tersebut
menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang tersebut. Menurut Kohler,
persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat
pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal.
Sama juga semasa dalam pembelajaran di
sekolah, guru haruslah selalu menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal
mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Selain itu, boleh juga kita
membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi mereka untuk menghubungkaitkan
unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai guru juga harus
menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya
menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.
Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan
2 proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep. Kohler
menggunakan persepsi perkaitan unsur-unsur di persekitaran, celik akal. Gagne
pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah memproses
maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta bermakna dan
akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan
proses penemuan.
No comments:
Post a Comment