PEMBELAJARAN KOPERATIF SATU AKTIVITI YANG INTERAKTIF
1.MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF JIGSAW
Kumpulan
cooperative ( awal )
•
Murid dibahagi kedalam kumpulan kecil antara 3 –
5 orang
•
Beri tugas yang sesuai dengan isi pelajaran yang
diajar
•
Setiap murid dalam kumpulan mendapatkan tugas yang berbeza dan memahami maklumat yang
ada didalamnya.
Kumpulan
Ahli
•
Kumpulkan setiap murid yang memiliki tugas yang
sama dalam satu kumpulan sehingga jumlah ahli sesuai dengan tugas yang telah disediakan
oleh guru.
•
Dalam kumpulan
arahkan murid supaya belajar
bersama untuk menyiapkan tugasan.
•
Tugasan semua anggota kumpulan untuk memahami dan dapat menyampaikan maklumat
tentang hasil dari tugas yang telah difahami
kepada kumpulan cooperative.
•
Apabila tugas sudah selesai dilaksanakan dalam kumpulan
setiap murid kembali ke kumpulan cooperative (awal)
•
Beri kesempatan secara bergilir setiap murid
untuk menyampaikan hasil dari tugas di kumpulan ahli.
•
Apabila kumpulan sudah menyelesaikan tugasnya,
secara keseluruhan masing-masing kumpulan melaporkan hasilnya dan guru memberi
respon.
2.NUMBERD HEADS TOGETHER
•
Murid dibahagi dalam beberapa kumpulan. Setiap murid
dalam setiap kumpulan mendapat nombor mengikut urutan.
•
Guru memberikan kepada tugas setiap kumpulan.
•
Kumpulan memutuskan jawapan yang dianggap paling
tepat dan memastikan setiap anggota kumpulan mengetahui jawapan ini.
•
Guru memanggil salah satu nombor murid dengan nombor
yang dipanggil melaporkan hasil kerja sama mereka.
•
Dapatkan respons dari kumpulan yang lain
•
Teknik Kepala Bernombor ini juga dapat
dilanjutkan untuk mengubah komposisi kumpulan yang biasanya dan bergabung
dengan murid-murid lain yang bernombor sama dari kumpulan lain.
Catatan
:
Dikembangkan
oleh Spencer Kagan (1992) Teknik ini memberikan kesempatan kepada murid untuk
saling membagikan idea-idea dan mempertimbangkan jawapan yang paling tepat.
Selain itu, teknik ini juga mendorong murid untuk meningkatkan semangat kerja
sama mereka. Teknik ini juga digunakan dalam semua mata pelajaran dan untuk
semua tingkatan.
3.GROUP TO GROUP EXCHANGE
»
Pilihlah sebuah topik yang mencakupi perbezaan idea,
kejadian, posisi, konsep, pendekatan untuk ditugaskan. Topik haruslah sesuatu
yang bersifat pertukaran pandangan atau maklumat (gunakan teknik debat)
»
Bahagikan kelas ke dalam beberapa kumpulan,
jumlah kumpulan sesuai jumlah tugas.Tugasan masing-masing kumpulan berbeza.
»
Berikan cukup waktu untuk berdiskusi dan
mempersiapkan bagaimana mereka dapat menyajikan topik yang telah mereka
kerjakan.
»
Apabila diskusi telah selesai, mintalah kumpulan
memilih seorang jurucakap. Undanglah setiap jurucakap menyampaikan kepada kumpulan
lain.
»
Setelah perbentangan singkat, doronglah murid
bertanya pada pembentang atau tawarkan pandangan mereka sendiri. Biarkan
anggota jurucakap kumpulan menjawab.
»
Lanjutkan perbentangan agar setiap kumpulan memberikan maklumat
dan memberi respon, pertanyaan juga komen terhadap perbentangan peserta.
Bandingkan dan bezakan pandangan serta maklumat yang saling ditukar. Contoh:
Seorang pengajar membandingkan dua negara yang telah bersepakat dengan
menggunakan kaedah ini. Kumpulan pertama membahas Costa Rica (dikenal negara
yang aman) dan kumpulan lain membahas El Savador (baru saja mengalami perang
saudara). Setelah setiap kumpulan membuat perbentangan kebudayaan dan sejarah
negara yang telah ditetapkan, diskusi diarahkan pada analisis “ mengapa dua
negara tetangga tersebut memiliki perbezaan pengalaman”
VARIASI
•
Mintalah setiap kumpulan melakukan penelitian intensif
sebelum perbentangan.
•
Gunakan bentuk diskusi panel atau fishbowl
untuk masing-masing perbentangan subkumpulan
4.Decision Making
•
Maklumat tujuan dan merumuskan masalah.
•
Secara klasikal tayangkan gambar, wacana atau permasalahan yang sesuai dengan isi pelajaran
pelajaran atau kompetensi yang diharapkan
•
Buatlah pertanyaan agar murid dapat merumuskan
permasalahan sesuai dengan gambar, wacana atau isu yang disajikan.
•
Secara kumpulan murid diminta mengidentifikasikan
permasalahan dan membuat alternatif penyelesaiannya.
•
Secara kumpulan/individu murid diminta mengidentifikasi
permasalahan yang terdapat dalam lingkungan sekitar murid yang sesuai dengan isi
pelajaran yang dibahas dan cara penyelesaiannya.
•
Secara kumpulan/individu murid diminta
mengemukakan alasan mereka memilih alternatif tersebut.
•
Secara kumpulan/individu murid diminta mencari
penyebab terjadinya masalah tersebut.
•
Secara kumpulan/individu murid diminta
mengemukakan tindakan untuk mencegah terjadinya masalah tersebut.
5.TAI (Team
Assisted Individualization atau Team Accelerated Instruction)
Tips model pembelajaran kooperatif yang satu ini sebenarnya
adalah gabungan dari pembelajaran kooperatif dengan pembelajaran individual.
Pada model
pembelajaran kooperatif TAI, murid akan belajar mengikut kebolehan yang bersifat individual berdasarkan ujian, murid
akan maju ke tahap selanjutnya berdasarkan tingkat kecepatannya belajar. Jadi,
setiap anggota kumpulan sebenarnya belajar isi pelajaran yang berbeza. Rakan sekumpulan akan memeriksa
hasil pekerjaan rakan sekumpulan lain dan memberikan bantuan jika diperlukan. Kemudian
ujian diberikan diakhir unit tanpa
bantuan teman sekumpulannya dan diberikan skor. Lalu setiap minggu guru akan
menjumlahkan total unit isi pelajaran yang diselesaikan suatu kumpulan dan
memberikan sijil atau penghargaan apabila mereka berhasil melampaui kriteria
yang telah ditetapkan, dan beberapa point tambahan untuk kumpulan yang
anggotanya mendapat nilai sempurna. Kelebihan model pembelajaran kooperatif
tips TAI ini ialah murid bertanggungjawab untuk memeriksa tugasan rakannya yang
lain, maka guru mempunyai waktu yang lebih banyak untuk membantu kumpulan-kumpulan
kecil yang menemui banyak masalah dalam menyelesaikan tugasan.
6.STAD
(Student Teams Achievement Division)
Pada model pembelajaran kooperatif STAD ini murid diagihkan ke dalam kumpulan
kecil yang disebut tim setelah guru selesai menyampaikan isi pelajaran.
Kemudian seluruh kelas diberikan perbentangan isi pelajaran pelajaran. Murid
kemudian diberikan ujian. Nilai-nilai individu digabungkan menjadi nilai tim.
Pada model pembelajaran kooperatif ini
walaupun murid diuji secara individual, murid juga perlu untuk bekerja sama
untuk meningkatkan prestasi timnya. Apabila pertama kali digunakan di kelas
anda, maka ada baiknya guru terlebih dahulu memperkenalkan
model pembelajaran kooperatif STAD ini kepada murid.Ujian boleh dijalankan
secara kuiz atau soalan bertulis.Namun digalakkan ujian yang boleh mengesan
prestasi mereka serta merta yang membolehkan guru memberi maklum balas terhadap
prestasi murid untuk pembelajaran pada hari tersebut sebelum waktu p&p
berakhir.
7.Round
Table atau Rally Table
Untuk menggunakan model pembelajaran kooperatif Round table atau Rally Table ini guru dapat
memberikan sebuah kategori tertentu kepada murid (misalnya kata-kata yang
dimulai dengan huruf “s”). Selanjutnya mintalah murid berganti-ganti menuliskan
satu kata secara bergilir.Aktiviti ini boleh juga dikecilkan untuk pusingan
satu kumpulan (supaya mengelakkan masa yang panjang untuk satu-satu aktiviti
dan memastikan kawalan kelas yang baik).
8.TGT (Team
Game Tournament)
Model pembelajaran kooperatif TGT mirip dengan model pembelajaran kooperatif
STAD, tetapi bezanya hanya pada kuiz
yang digantikan dengan pertandingan mingguan (Slavin, 1994). Pada model
pembelajaran kooperatif ini, murid-murid saling bersaing dengan murid dari kumpulan
lain agar dapat memberikan tambahan poin bagi kumpulannya. Suatu prosedur
tertentu digunakan untuk membuat permainan atau pertandingan berjalan secara
adil.
9.Three-Step
Interview (Wawancara Tiga Langkah)
Pada model pembelajaran kooperatif three-step interview (disebut juga three problem-solving)
dilakukan 3 langkah untuk menyelesaikan masalah. Pada langkah pertama guru
menyampaikan isu yang dapat memunculkan pelbagai pendapat, kemudian guru mengajukan
beberapa pertanyaan kepada seluruh murid di dalam kelas. Langkah kedua, murid
secara berpasangan memainkan peranan sebagai pewawancara dan orang yang
diwawancarai. Kemudian, pada langkah yang ketiga, setelah wawancara pertama
dilakukan maka pasangan bertukar peranan iaitu pewawancara berperanan sebagai
orang yang diwawancarai dan sebaliknya orang yang tadi mewawancarai menjadi
orang yang diwawancarai. Setelah semua pasangan telah bertukar peranan,
selanjutnya setiap pasangan dapat membentangkan hasil wawancara mereka kepada
seluruh kelas secara bergilir.Model pembelajaran kooperatif ini (three-step
interview) ini efektif untuk mengajar murid problem solving (penyelesaian masalah).
10.Three-Minute
Review (Reviu Tiga Langkah)
Model pembelajaran kooperatif three-step review efektif digunakan untuk guru ketika berhenti pada
saat-saat tertentu selama sebuah diskusi atau perbentangan berlangsung, dan
mengajak murid mengimbas kembali apa yang telah mereka ungkapkan ketika berdiskusi
di dalam kumpulan mereka. Murid-murid dalam kumpulan itu dapat bertanya untuk meminta
penjelasan daripada ahli kumpulan lain atau menjawab pertanyaan-pertanyaan dari
kumpulan lain. Misalnya setelah diskusi tentang proses-proses kompleks yang
terjadi di dalam tubuh manusia misalnya pencernaan makanan, murid dapat
membentuk kumpulan-kumpulan dan mengimbas proses diskusi dan mengajukan
pertanyaan-pertanyaan untuk mengklarifikasi.
11.GI
(Group Investigasi)
Model pembelajaran kooperatif group investigasi ini dapat digunakan oleh
guru untuk mengembangkan kreativiti murid, baik secara perseorangan mahupun kumpulan.
Model pembelajaran kooperatif dirancang untuk membantu terjadinya pembahagian
tanggung jawab ketika murid mengikuti pembelajaran dan berorientasi menuju
pembentukan manusia sosial (Mafune,2005:4).
Model pembelajaran kooperatif dipandang
sebagai proses pembelajaran yang aktif, kerana murid akan lebih banyak belajar
melalui proses pembentukan (contructing) dan penciptaan, kerja dalam kumpulan
dan berkongsi pengetahuan serta tanggung jawab individu tetap merupakan kunci
keberhasilan pembelajaran.
Pandangan yang digunakan sebagai acuan
dalam pengembangan Model pembelajaran
kooperatif group investigasi, iaitu :
(1) untuk meningkatkan kemampuan kreativiti
murid dapat ditempuh melalui pengembangan proses kreatif menuju suatu kesedaran
dan pengembangan alat bantu yang secara eksplisit mendukung kreativiti,
(2) komponen emosional lebih penting
daripada intelektual, yang tak rasional lebih penting daripada yang rasional
dan
(3)
untuk meningkatkan peluang keberhasilan dalam memecahkan suatu masalah harus
lebih dahulu memahami komponen emosioanal dan irrasional.
12.Go
Around (Berputar)
Model pembelajaran kooperatif tipe go around sebenarnya adalah variasi dari model
pembelajaran kooperatif group
investigasi. Group investivigation Go A
Round–Langkah-LangkahPembelajaran
Langkah-langkah:
1) Membagi murid kedalam kumpulan kecil yang terdiri dari 4 - 5 murid
2) Memberikan pertanyaan terbuka yang bersifat analitis
3) Mengajak setiap murid untuk terlibat dalam menjawab pertanyaan kumpulannya secara bergiliran mengikut arah jam.
Langkah-langkah:
1) Membagi murid kedalam kumpulan kecil yang terdiri dari 4 - 5 murid
2) Memberikan pertanyaan terbuka yang bersifat analitis
3) Mengajak setiap murid untuk terlibat dalam menjawab pertanyaan kumpulannya secara bergiliran mengikut arah jam.
13.Reciprocal
Teaching (Pengajaran Timbal Balik)
Model pembelajaran kooperatif reciprocal teaching (pengajaran timbal balik) dikembangkan
oleh Brown & Paliscar (1982). Pengajaran timbal balik atau reciprocal teaching ini juga merupakan sebuah model
pembelajaran kooperatif yang meminta murid untuk membentuk pasangan-pasangan
ketika terlibat dalam sebuah dialog (percakapan atau diskusi) mengenai sebuah
teks (bahan bacaan). Setiap anggota pasangan akan berganti membaca teks dan
mengajukan pertanyaan-pertanyaan, menerima dan memperoleh maklum balas (feedback).
Model pembelajaran reciprocal
teaching ini memungkinkan murid
untuk melatih dan menggunakan teknik-teknik metakognitif seperti
mengklarifikasi, bertanya, memprediksi, dan menyimpulkan. Model pembelajaran
kooperatif reciprocal teaching ini
dikembangkan atas dasar bahawa murid dapat belajar secara efektif dari murid
lainnya.
14.CIRC (Cooperative
Integrated Reading Composition)
Model pembelajaran kooperatif CIRC (cooperative integrated reading
composition) adalah sebuah model pembelajaran yang sengaja dirancang untuk
mengembangkan kemampuan membaca, menulis, dan keterampilan-keterampilan
berbahasa lainnya baik pada peringkat pendidikan tinggi maupun pada peringkat
rendah. Pada model pembelajaran
kooperatif ini murid tidak hanya
mendapat kesempatan belajar melalui perbentangan langsung oleh guru tentang
keterampilan membaca dan menulis, tetapi juga teknik menulis sebuah komposisi
(naskah). CIRC dikembangkan untuk menyokong pendekatan pembelajaran tradisional
pada mata pelajaran bahasa yang disebut “kumpulan membaca berasaskan keterampilan”.
Pada model pembelajaran CIRC ini murid berpasangan di dalam kumpulannya. Ketika
guru sedang membantu sebuah kumpulan-membaca (reading group), pasangan-pasangan
saling mengajari satu sama lain bagaimana “membaca-bermakna” dan keterampilan
menulis melalui teknik reciprocal (timbal balik). Mereka diminta untuk saling bantu
untuk menunjukkan aktiviti pengembangan keterampilan dasar berbahasa (misalnya
membaca bersuara (oral reading), meneka konteks bacaan, mengemukakan pertanyaan
terkait bacaan, menyimpulkan, meringkas, menulis sebuah komposisi berdasarkan
sebuah cerita, hingga merevisi sebuah komposisi). Setelah itu, buku kumpulan
komposisi hasil kumpulan dipaparkan pada akhir proses pembelajaran. Semua kumpulan
kemudian diberikan penghargaan atas
upaya mereka dalam belajar dan menyelesaikan tugas membaca dan menulis.
15.The
Williams
Tipe model pembelajaran kooperatif The Williams mengajak murid
melakukan kolaborasi untuk menjawab sebuah pertanyaan besar yang merupakan
sebuah tujuan pembelajaran. Pada model pembelajaran ini murid diagihkan secara kumpulan
secara heterogen seperti pada STAD.
Kemudian setiap kumpulan diberikan pertanyaan yang berbeza dengan tujuan untuk
meningkatkan kemampuan kognitif yang memungkinkan murid dapat mencapai tujuan
pembelajaran tersebut.
16.TPC (Think
Pairs Check)
Model pembelajaran kooperatif tipe think pairs-check adalah modifikasi dari tipe think pairs share, di
mana penekanan pembelajaran ada pada saat mereka diminta untuk saling menyemak jawapan
atau pandanga terhadap pertanyaan guru saat berada dalam pasangan.
17. TPW
(Think Pairs Write)
Model pembelajaran kooperatif TPW (Think Pairs Write)
juga merupakan variasi dari model pembelajaran kooperatif TPS (Think Pairs Share). Penekanan model
pembelajaran kooperatif ini adalah
setelah mereka berpasangan, mereka diminta untuk menuliskan jawapan atau
tanggapan terhadap pertanyaan yang telah diberikan oleh guru. Model
pembelajaran kooperatif TPW ini sangat
sesuai untuk pengajaran kemahiran menulis.
18.Tea
Party (Pesta Minum Teh)
Pada model pembelajaran kooperatif tea party, murid membentuk dua barisan di mana
murid saling berhadapan satu sama lain. Guru mengajukan sebuah pertanyaan dan
kemudian murid mendiskusikan unuk mendapatkan jawapannya dengan murid yang
berhadapanan dengannya. Setelah satu minit, baris terluar atau lingkaran
terluar bergerak arah jam sehingga akan
berhadapan dengan pasangan yang baru. Guru kemudian mengajukan pertanyaan kedua
untuk mereka diskusikan. Langkah-langkah seperti ini terus dilanjutkan hingga
guru selesai mengajukan 5 atau lebih pertanyaan untuk didiskusikan. Untuk
sedikit variasi dapat pula murid diminta menuliskan pertanyaan-pertanyaan
untuk catatan nanti apabila diadakan ujian.
19.Write
Around (Menulis Berputar)
Model pembelajaran kooperatif write around ini sesuai digunakan untuk menulis
kreatif atau untuk menulis simpulan. Pertama guru memberikan sebuah kata
pembuka (contohnya: Bila kamu akan menyambut harijadi, maka kamu akan meminta
hadiah berupa...). Mintalah semua murid dalam setiap kumpulan untuk
menyelesaikan ayat tersebut. Selanjutnya mereka menyerahkan kertas berisi tulisannya tersebut
ke sebelah kanan, dan membaca kertas lain yang mereka terima setelah diserahkan
oleh kumpulan lain, kemudian menambahkan satu ayat lagi. Setelah beberapa kali
putaran, maka akan diperoleh 4 buah cerita atau tulisan (bila di kelas dibentuk
4 kumpulan). Selanjutnya beri waktu bagi mereka untuk membuat sebuah kesimpulan
dan atau mengedit bahagian-bahagian tertentu, kemudian ceritakan atau bentangkan hasil itu dengan
seluruh kelas. Write around adalah modifikasi dari model
pembelajaran kooperatif go
around.
20.Round Robin
Brainstorming atau Rally Robin
Contoh pelaksanaan model pembelajaran kooperatif Round Robin
Brainstorming misalnya : berikan sebuah kategori (misalnya “nama-nama sungai di
Malaysia) untuk didiskusikan. Mintalah murid bergantian untuk menyebutkan item-item
yang termasuk ke dalam kategori tersebut.
21.LT (Learnig
Together)
Orang yang pertama kali mengembangkan jenis model
pembelajaran kooperatif tipe Learning
Together (Belajar Bersama)
ini adalah David Johnson dan Roger Johnson di Universiti Minnesota pada tahun
1999. Pada model pembelajaran kooperatif Learning
Together, murid dibentuk oleh 4 – 5 orang murid yang heterogen untuk
mengerjakan sebuah lembaran tugas. Setiap kumpulan hanya diberikan satu lembaran
kerja. Mereka kemudian diberikan pujian dan penghargaan berdasarkan hasil kerja
kumpulan. Pada model pembelajaran Kooperatif dengan variasi seperti Learning
Together ini, setiap kumpulan
diarahkan untuk melakukan kegiatan-kegiatan untuk membangun hasil kumpulan
terlebih dahulu dan diskusi tentang bagaimana sebaiknya mereka bekerjasama
dalam kumpulan.Lembaran boleh dipelbagaikan pada setiap kali menjalankan teknik
ini.Lembaran boleh terdiri dari soalan atau pembinaan peta minda.
22.Student
Team Learning (STL - Kumpulan Belajar Murid)
Model pembelajaran kooperatif student team learning ini dikembangkan di John Hopkins
University – Amerika Serikat. Lebih dari separuh penelitian tentang
pembelajaran kooperatif di sana menggunakan student
team learning. Pada dasarnya model pembelajaran kooperatif yang satu ini
sama saja dengan model pembelajaran kooperatif yang lain iaitu adanya idea
dasar bahawa murid harus bekerjasama dan turut bertanggungjawab terhadap
pembelajaran murid lainnya yang merupakan anggota kumpulannya. STL ini memberi penekanannya
adalah bahawa setiap kumpulan harus belajar sebagai sebuah kumpulan.
Ada 3 konsep utama pada model pembelajaran kooperatif STL ini, iaitu:
(1) penghargaan terhadap kumpulan;
(2) akuntabiliti individual;
(3) kesempatan yang sama
untuk memperoleh kejayaan.
Pada sebuah kelas yang menerapkan model pembelajaran ini,
setiap kumpulan dapat memperoleh penghargaan apabila mereka berhasil melampaui
ktiteria yang telah ditetapkan sebelumnya. Akuntabiliti individual bermakna bahawa
kejayaan sebuah kumpulan bergantung pada pembelajaran yang dilakukan oleh
setiap individu anggotanya. Pada model pembelajaran STL, setiap murid baik dari kumpulan atas,
menengah, atau bawah dapat memberikan kerjasama yang baik bagi kejayaan kumpulannya,
kerana skor mereka dihitung berdasarkan skor peningkatan dari pembelajaran
mereka sebelumnya
23.Two Stay Two Stray
Model pembelajaran kooperatif two stay two
stray ini sebenarnya dapat dibuat variasinya, iaitu
berkaitan dengan jumlah murid yang tinggal di kumpulannya dan yang bergerak ke kumpulan
lain. Misalnya:
(1) one stay three stray (satu tinggal tiga bergerak);
(2) three stay one stray(tiga tinggal satu bergerak).
Model pembelajaran kooperatif tipe Two Stay Two Stray dikembangkan
pertama kali oleh Spencer
Kagan (1990). Dengan struktur
kumpulan kooperatif seperti tipe two
stay two stray ini dapat
memberikan kesempatan kepada tiap kumpulan untuk saling berbagi maklumat dengan
kumpulan-kumpulan lain.
24.‘Think-Pair-Share’
Anda
boleh memberhentikan pengajaran dengan memberikan soalan,
item ujian atau isu untuk difikirkan secara ringkas oleh
pelajar mula-mula secara individu (fasa ‘think’), kemudian dibincangkan bersama
dengan rakan di sebelah (Fasa ‘pair’), Kemudian beberapa pasangan mengongsikan
hasil perbincangan tadi dengan kelas. Teknik ini melibatkan tiga langkah:
i)
masa
berfikir secara individu- pelajar mencari jawapan kepada soalan yang diberikan
secara individu;
ii)
pelajar
berbincang dan bertukar pendapat tentang jawapan secara berpasangan dan
iii)
hasil
perbincangan berpasangan dikongsi dengan kumpulan lain/kelas.
25.‘Three-Minute
Review’
Anda boleh berhenti sekejap semasa
memberi kuliah dan beri masa tiga minit kepada kumpulan untuk meneliti semula
apa yang telah dikuliahkan atau dibincangkan, tanyakan soalan klarifikasi atau
apa-apa soalan yang sesuai untuk mendapatkan respon pelajar.
26.‘Two
Minute Paper’
Dalam teknik ini, beri pelajar masa
dua minit untuk menulis tentang sesuatu, kemudian minta mereka kongsikan dengan
rakan di sebelah. Kemudian pilih beberapa orang kongsikan apa yang ditulis
kepada kelas. Pada akhir kelas, kertas yang ditulis, dipungut dan boleh
digunakan dalam kelas seterusnya.
27.‘Team
Pair Solo’
Pelajar menyelesaikan masalah dalam
kumpulan dulu kemudian berpasangan dan akhirnya bekerja secara individu.
Struktur ini direka bentuk untuk memotivasi pelajar menangani masalah kurang
kebolehan di kalangan pelajar. Jika diminta bekerja sendiri mungkin tidak dapat
diselesaikan, maka mulakan dengan kumpulan, berpasangan dan akhirnya baru
secara indiividu.
28.‘Lecture-Write-Share-Learn’
Pensyarah minta pelajar bentuk pasangan
untuk membincangkan apa yang dikuliahkan dan mencatat hasil perbincangan. Pada
akhir pengajaran, buat perbincangan rumusan dengan meminta pelajar berkongsi
apa yang telah dibincangkan. Akhirnya buat rumusan keseluruhan dengan meminta
pelajar secara bergilir menerangkan apa yang telah dipelajari menggunakan ayat:
Saya belajar tentang......
29.‘Pose
a Question-All Write-Discuss’
Tanyakan soalan kepada seluruh
kelas, minta pelajar tuliskan respon mereka. Beri mereka masa 2 atau 3 minit
untuk membuat refleksi dan menuliskannya. Kemudian minta beberapa pelajar
ceritakan kepada kelas.
No comments:
Post a Comment