Wednesday, 29 August 2018

Syarat Pembelajaran Flipped

Julie Schell, 2015 dalam artikel penulisannya menyatakan gangguan terhadap talian atau liputan internet telah menimbulkan kekecewaan guru dalam melaksanakan pengajaran dengan menonton video di kelas. Dengan pendekatan pembelajaran flipped,  guru mampu menjalankan pembelajaran masteri di dalam kelas kerana guru memberi video kepada murid untuk ditonton di rumah sebelum pengajaran dan pembelajaran topik tersebut dijalankan.  Malah video tersebut adalah alat yang digunakan untuk murid untuk menambahkan sumber maklumat.  Sumber video tersebut mestilah sepadan dengan isi buku teks dan membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mereka. Antara perkara yang membantu kejayaan pembelajaran flipped juga ialah :

Guru perlu memberi murid menonton Video ciptaannya Sendiri. Hal ini demikian kerana, salah satu perkara baik untuk menjalankan pembelajaran flipped ialah guru menggunakan video yang tidak dicedok dari mana sumber tetapi yang dibina sendiri. Perkara ini penting supaya murid melihat usaha guru mereka  dalam menjayakan pembelajaran mereka. Jika guru menunjukkan video yang tidak dibina sendiri, sesetengah murid mungkin merasakan bahawa guru mengambil jalan keluar yang mudah. Apabila guru menggunakan video yang dicipta oleh orang lain dan  membina ulasan sendiri, pertanyaan, perbincangan, dan sumber tambahan bermakna guru tidak merasai sebahagian daripada pengajaran terbabit.

Video yang ringkas dan padat perlu digunakan dan guru perlu elakkan video yang panjang. Video mestilah tidak lebih daripada 10 atau 15 minit. Sekiranya  perlu menggunakan video yang panjang dan mahu murid hanya menonton hanya bahagian tertentu maka guru harus memberi arahan untuk mereka. Contohnya murid perlu tonton ("dari 2 min 30 saat hingga 5 min 10 saat",). Sebagai tambahan kepada mereka, pastikan guru memasukkan teks ke dalam video untuk menambah pemahaman murid.

Pastikan guru merancang  sebelum membina soalan atau menjalankan aktiviti perbincangan (forum perbincangan) kerana ini penting supaya perbincangan itu benar-benar melibatkan para pelajar. 

Guru juga perlu menyemak  semula tindak balas dan maklum balas sebelum sesi kelas seterusnya. Sebahagian daripada kebaikan pembelajaran flipped ialah guru mempunyai peluang untuk menyampaikan kandungan pembelajaran di luar kelas dan menilai pemahaman melalui alat teknologi maklumat sebelum dan selepas PdPc.

Tuesday, 29 May 2018

Alangkah baiknya jika adanya bahan bantu mengajar yang membantu guru melihat tindak balas muridnya terhadap ilmu dan pengetahuan yang telah  dikongsinya dan  dalam masa yang sama murid dapat belajar daripada rakan lain melalui tindak balas tersebut. Malah bahan ini mampu mendapat tarikan  apabila guru melakukannya dalam pembelajaran  di dalam kelas.


            Antara bahan bantu yang mampu membenarkan murid memberi tindak balas terhadap pembelajaran guru ialah :

1. Slide Google yang sangat mudah dan pantas digunakan. Dengan membuat persembahan slaid dan berkongsi dengan pelajar, ia mewujudkan persekitaran pembelajaran bersama di mana semua murid melakukan kerja secara bersama. Aplikasi ini juga menyediakan cara mudah untuk membincangkan tentang apa yang mereka buat dan belajar .

Antara langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan Google Slide ialah :

Langkah 1: Buka slaid baru

Langkah 2: Tetapkan susun atur dengan cara yang guru mahu murid buat

Langkah 3: Buat slaid untuk setiap pelajar di kelas

Langkah 4: Kongsi url slaid dengan pelajar

Langkah 5: Sediakan tugasan pelajar murid sepeti soalan ringkas, iklan, papan iklan, pengurusan grafik dan banyak lagi

Langkah 6: Tambah komen untuk  menggalakkan murid kerjasama


Saya telah mencubanya dan ternyata sangat menarik. Walau bagaimanapun kejayaan dalam menggunakan aplikasi ini bergantung pada kekuatan liputan internet.







Friday, 9 February 2018

Teknik Penyoalan

Teknik Penyoalan dalam kelas.
Jika guru menggunakan soalan yang tepat semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, satu keajaiaban akan berlaku kerana guru akan menerima pelbagai jawapan dan perbincangan dari murid. Soalan yang baik boleh membantu meningkatkan imaginasi, memupuk emosi, dan menimbulkan lebih banyak persoalan. Soalan yang ditanya oleh seorang guru atau kadang kala lebih berharga daripada maklumat yang ditulis dalam buku teks. Soalan-soalan itu mencetuskan pemikiran yang membawa kepada pencarian yang sangat bebas untuk mendapatkan maklumat. Jika murid adalah orang yang suka mengumpul maklumat tersebut maka murid itu sedang belajar.

Antara soalan untuk mengupas petikan karangan atau soalan bagi menjana idea dalam pembinaan karangan.
1. Apa pendapat anda tentang apa yang dikatakan?
2. Bagaimana anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan ini?
3.Adakah terdapat sebarang jawapan yang serupa yang boleh anda fikirkan sebagai alternatif?
4. Adakah sesiapa dalam kelas ini mahu menambah apa-apa idea penyelesaiannya?
5. Bagaimanakah anda dapat meyakinkan kami bahawa cara anda adalah cara terbaik?
6. Bagaimanakah anda menentukan ini betul? Apa indikatornya?
7. Kenapakah anda tidak menggunakan idea yang berbeza untuk masalah itu?
8. Mengapa jawapan itu masuk akal untuk anda?
9. (sebagai tindak balas kepada jawapan): ... bagaimana jika saya katakan itu tidak benar?
10. Adakah terdapat cara untuk menunjukkan apa yang anda maksud dengan itu?
11. Kenapa anda fikir ini berfungsi? mengapa?
12. Mengapakah anda fikir ini benar?
13. Tunjukkan bagaimana anda boleh membuktikannya?
14. Mengapakah hal demikian berlaku?
15. Bagaimanakah mungkin anda membantah perkara ini?
16. Bagaimana mungkin anda menunjukkan perbezaan dan persamaan?
17. Bagaimanakah corak boleh membawa anda kepada jawapan alternatif?
18. Berapa banyak kemungkinan yang boleh anda fikirkan dan mengapa?
19. Bolehkah anda ramalkan sebarang keputusan?
20. Bagaimanakah hal ini berkaitan dengan kehidupan harian anda?
21. Idea mana yang paling masuk akal dan mengapa?
22. Masalah manakah yang anda rasa biasa? Mengapa?
23. Bagaimanakah hal ini berkaitan dengan peristiwa semasa?
24. Contoh jenis apa yang dapat menyelesaikan masalah ini?
25. Apakah masalah lain yang sesuai dengan gaya atau contoh ini?

Soalan Sastera
Murid boleh menolak idea yang dibawakan oleh pengarang dan mereka juga boleh mengulas watak-watak tertentu dan pelbagai idea akan muncul kerana kepelbagaian etnik atau latar belakang ekonomi murid. Dengan mengajukan soalan-soalan yang mendalam, juga dapat membimbing murid untuk makna yang lebih mendalam.
Antara soalan yang boleh digunakan untuk sebarang cerita, tidak kira berapa lama atau pendek, sukar atau mudah ialah :
26. Adakah mana-mana peristiwa yang mengingatkan anda tentang diri anda? Mengapa?
27. Bagaimanakah tindakan watak mempengaruhi anda? Terangkan.
28. Jika anda watak ini, bagaimanakah kisah ini berubah?
29. Apakah yang membuatkan anda terkejut atau keliru tentang watak-watak atau peristiwa? Terangkan.
30. Kenapakah anda menganggap penulis menulis dari pandangan watak ini?
31. Apa yang anda fikir penulis sedang mencuba?
32. Bagaimanakah penulis berfikir tentang dunia?
33. Bagaimanakah kisah ini berubah dari pandangan watak lain?
34. Kenapa anda fikir cerita ini sebenarnya boleh berlaku, atau tidak?
35. Bagaimanakah kisah ini dapat mengajar kita tentang kehidupan kita?
36. Bagaimanakah anda mahu pengarang menyelesaikan konflik utama dalam cerita?
37. Bagaimana anda mengubah hujung cerita dan mengapa?

Namun begitu permasalahan timbul kerana cadangan soalan yang diberi kepada guru jarang dapat digunakan kerana jika soalan ini digunakan kelas akan sunyi sepi diam seribu bahasa. Apa yang terjadi guru tanya dan guru juga yang menjawab.Untuk menjawab persoalan ini akan saya berikan cadangan pada penulisan yang akan datang.